Wednesday 18 December 2013

Bertemu Jodoh di facebook Cari Jodoh Malaysia?




Assalamualaikum.


Meh nak cerita sikit pengalaman aku sendiri join Cari Jodoh Malaysia(CJM) ni. Aku sebenarnya saje-saje je nak join. Tambah kenalan. Takde niat langsung nak cari jodoh memandangkan umur aku muda lagi. Kalau nak join CJM ni, syaratnya umur mesti atas 23 tahun, kena bayar RM10/post & gambar mesti menutup aurat. Taknak letak gambar pun takpe. Aku tak letak pun.


Ini profile picture facebook page Cari Jodoh Malaysia.


Ok nak dijadikan cerita aku tetiba terdetik hati nak tanya admin CJM camne nak join. Lepas dah bank-in, dia suruh tulis biodata diri, ciri-ciri pasangan idaman etc. Ok, ciri-ciri pasangan aku ni, aku tak tipu, semuanya betul. Aku tulis : Tak merokok, Rajin, Pentingkan solat etc. Aku sebenarnya mintak admin CJM tu siarkan post tu waktu malam so that aku ada masa nak tengok.

Alih2 dia post masa tengahari. Lepas balik kerja aku tengok likers dah 1000 lebih. Tak sangka pulak. Comment ada 400 lebih kot. Aku pun tengoklah satu-satu komen. Macam-macam orang ada. Tapi kena ingat! Hati-hati memilih! Kadang2 orang kat situ cari kenalan sebab nafsu je. Tapi sorry mmg aku tak add orang camtu. Korang kena pandai2 tapis la. Before add as friend, tengok dulu profile dia. PASTIKAN BUKAN FAKE ACCOUNT! Pastu tengok jugak list following dia, list likes dia. Kalau dia like page yg bukan2, follow banyak perempuan2 seksi & cantik, korang paham2 sendiri la orangnya camne kan. 

Aku tapis sorang-sorang ada jugak la makan masa 2,3 hari. Hahaha. Ramai sgt kot. Cewahh perasan sgt! Daripada 400 lebih yg comment tu, nak tahu aku add berapa orang?? Tak sampai 20 orang. Sikit weh. Yg ni aku dah betul2 tapis. Alhamdulillah semuanya ok. Ada aku jumpa orang Sarawak, budak UIA(budak sebb umur dia 21 tahun), orang2 yg pernah sekolah asrama(SBP etc), orang lelaki yg amik course chef, macam2 background aku kenal. 

Tapi ada jugak antara dorang ni yg tak pandai nak communicate. So some of them aku malas nak layan. Orang reply 10 words, dia reply 1 word. Camni baik tak payah cari jodoh. Ehhhhh emo plak aku. Haha. Tapi yg betul2 aku boleh keep in touch ada sorang brother kerja Pasir Gudang, sorang staff MAS & sorang lagi budak UIA tu. Kira dorang ni macam peramah jugak lah. Yang terlebih ramah tu staff MAS. Haha. Ni yg nak cerita ni. Dia serious nak kahwin dgn aku tapi jumpa pun tak pernah. Umur kami sama. Nak dijadikan cerita, dia pernah satu sekolah rendah dgn aku. Mungkin satu kelas? Aku tak ingat. Aku cuma pernah dengar nama dia je. JODOH KE NI? 

Aku ada tanya dia kenapa dia nak kahwin dgn aku. Dia jawab, dia rasa tenang n menyenangkan bila dapat wechat aku. Lagipun, sebelum ni dia tak pernah comment or apa pun kat post orang2 yg cari jodoh kat page CJM, tapi bila nampak post aku, dia terasa nak komen. Aku ingat lagi dia komen, "Assalamua'laikum. Boleh berkenalan?". Satu perkara yg aku suka pasal dia ni, dia tak cepat putus asa. Tiap2 hari wechat aku especially time solat subuh. Kalau aku tak reply, dia terus minta maaf takut2 dia ada tersakitkan hati aku ke apa ke. Aku tak reply bukan sebab tu pun. Sebab aku busy kerja sebenarnya. Oh, kitorang hanya wechat saja. Aku tak bagi nombor phone. Dia dah bagi aku 2 kali nombor phone dia. Tapi aku tak save pun. Ya Allah teruk betul aku ni. Aku susah nak percaya kat orang, lagipun kami tak pernah jumpa. Setakat ni aku anggap dia kawan. Kawan rapat maybe? Hurmm. Papepun, aku berserah pada takdir Allah. Kalau dia jodoh aku, aku terima. Aku cuma berharap bakal suami aku dapat membimbing aku dan anak2 ke Syurga dgn didikan agama yg cukup. Ingat. Redha Allah tu terletak pada redha suami. Redha suami adalah Syurga bagi si isteri.

Ya Allah, berikan aku petunjuk. Jikalau dia jodohku, dekatkanlah dia dgn diriku, peliharakanlah peribadiku sepanjang berkenalan dgnnya dan jangan Engkau berikan hatiku ini padanya melebihi sayangku pada-Mu dan Rasul-Mu. Jikalau dia bukan jodohku, Engkau jauhkanlah dia dari diriku, buangkanlah sayangku padanya. Aku tak mahu dikecewakan kelak. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Aamiin Ya Rabbal Aa'lamiin.

Jodoh Itu Pasti.





p/s : Aku sebenarnya ada harapan tentang future family aku. Aku nak sangat solat berjemaah dgn suami aku. At least satu waktu solat sehari pun jadilah. Dia jadi imam, aku jadi makmum. Berdoa bersama, mengaji bersama. Saling bermaafan sebelum tidur. Sweet kan? Jangan risau, selepas nikah semua yang kita buat bersama pasangan akan mendpat pahala. Itu harapan aku. Mudah-mudahan termakbul. :')

11 comments:

  1. salam jika ada yg sudi sms 0134416092

    ReplyDelete
  2. salam, tlg reply kat email sy leh..ada hal penting nk ckp & tanya pasal CJM tu..huhu..email sy : fnd1475@gmail.com

    tq..

    ReplyDelete
  3. Keren ka, salam kenal...

    kenali jodoh kita>> http://tabirjodoh.com/ramalan-jodoh-islami/

    makasih ya ^_^

    ReplyDelete
  4. jika anda benar-benar serius mencari jodoh , saya cadangkan untuk mendaftar di sini :

    http://www.olmatch.cf/member/join.php?language_id=62

    Upgrade keahlian anda sekarang

    ReplyDelete
  5. Hubungi 017 3650469 boleh bantu

    ReplyDelete
  6. Hubungi 017 3650469 boleh bantu

    ReplyDelete
  7. Hubungi +60 12-986 0936 utk bantuan

    ReplyDelete
  8. Raih Kemenangan Besar Anda Disitus MARIO QQ, Hanya Dengan Modal Rp.10.000 Anda Bisa Menangkan Jackpot Jutaan Rupiah Setiap Harinya !!!

    ✅ BONUS TURN OVER 0.3%
    ✅ BONUS REFFERAL 15%
    ✅ WIN RATE GAME 96,9%
    ✅ 100% PLAYER Vs PLAYER ( NO ROBOT & ADMIN )
    ✅ Minimal Deposit Bank : Rp.10.000 (BCA MANDIRI BNI BRI DANAMON)
    ✅ Minimal Deposit Pulsa : Rp.10.000
    ✅ Support E-Cash : GOPAY , DANA , OVO , LINK

    Berapapun Kemenangan Bosku Pasti Akan Kami Bayar dan Kita Proses Dengan Cepat !!!
    Hanya Disitus MARIO QQ Yang Memberikan JACKPOT dan BONUS TURN OVER Yang FANTASTIS Loh !!! Ayo Tunggu Apalagi Buruan Daftarkan dan Mainkan
    Langsung Disitus Resmi MARIO QQ Dibawah Ini melalui :
    WHATSAPP +62 821-4331-1663

    Link Alternatif :
    - www.vipmario55. com
    - www.vipmario55. info

    ReplyDelete
  9. Cool and I have a neat proposal: Who Repairs House Windows Near Me hgtv home remodel

    ReplyDelete