Tuesday 17 September 2013

Sejuta Free Seats AirAsia. Betul ke FREE?





Tadaaaaa........... 




Don't you ever forget, Malaysian loves free things. Hehe. 


So, what's up? Ok. Tepat jam 12 tengah malam 17 September, maka berkerumunlah umat manusia di depan laptop, tab, phone dan segala mak nenek teknologi masing-masing termasuk aku. Hehehe. Tapi aku ada cara sendiri.


Nak tahu camne nak lari dari Waiting room or Error page? Senang je. Ni tips dia :


1. Masuk website AirAsiaGo . Kelebihan masuk sini ialah, korang dapat tengok berapa banyak free seats yg available & takde Waiting Room. Tetapi, kat sini kena book hotel sekali. 

2. Masuk website AirAsia , pastikan korang masuk selepas pukul 1 pagi. Trafik dah tak sesak masa tu. Ramai dah tidur sebab putus asa asyik tunggu dlm Waiting Room je. Haha.

3. Dah dapat tarikh yg korang berkenan, sila book terus! Jangan tunggu-tunggu. Nanti dia pantul korang balik ke main page. Pastu, kena tunggu lagi kat Waiting Room. Sampai bila nak habis daaa.


Tapi, aku rekemen tips yg pertama tu la. Sebab memang berbaloi book flight & hotel sekaligus. AirAsiaGo ni selalu buat promotion serentak dengan AirAsia. Aku dah tengok sendiri deal domestic dia. Kalau international flight, boleh la survey sendiri ye.


Contoh domestic aku tengok, pergi JB-Penang RM58/person return flight. Ni free flight, bayar tax je. Yes, it's true! Free tickets! Return flight + hotel 3 malam, boleh dapat harga termurah RM144/person. Siapa yg cakap mahal, meh sini dussshhh sikit! Hehe. Tiket bas JB-Penang one way je dah RM65 ok. 



Cepat book! Now everyone can fly! :p






p/s : Dah beli tiket MAS, KL-Jakarta return RM299/person untuk trip Januari 2014. Woohoo! 






No comments:

Post a Comment