Friday 27 September 2013

Senarai Cita-cita Impianku


Mesti korang dulu-dulu masa kecik ada cita-cita kan? Ada yang nak jadi polis, guru, doktor. Semua tu jawapan yg paling fofular/cliche bila cikgu tanya dah besar nak jadi apa. Tapi dah dewasa ni jadi kenyataan ke tak?

Aku punya jawapan dulu nak jadi guru, polis, bomba. What? Bomba?! Kena bagi 3 kerja ok untuk isi dalam kad ko-kurikulum. Korang ingat lagi tak? Aku ada lagi kad ko-kurikulum tu. Meh tengok apa cita-cita aku dulu. Aku set cita-cita ni masa sekolah menengah. Kan dah remaja, so dah boleh pikir sikit. Kata kooo. Hehe.


1.  Pramugari (Stewardess)



Haruslah patriotik letak gambar Malaysia Airlines.


Yezza. Stewardess ni aku terdetik hati nak jadi sebab kengkawan aku cakap aku jalan macam model. HAHAHA. Aku ingat lagi, bila aku jalan masuk dari pagar sekolah je, mesti dorang cakap "Tu model dah sampai". Aku gelak je. Title tu aku pegang sampailah tamat MRSM. Aku tak sangka lak bila masuk MRSM ada some guys cakap, "Ala sape lagi model batch kita, dia sorang je". Aku dengar ni dari kawan perempuan aku. Tu dulu lah, sekarang dah besar jalan macam teeeeetttt. Pandai-pandailah paham sendiri. Haha.

Ok dalam pikiran aku, stewardess ni mesti best. Boleh naik kapal terbang setiap hari. Kerja senang lak tu. Tuang-tuang air, tolak-tolak troli. Ada ke orang keje senang gini?? Hahaha. Dapat kenal mat saleh, pilot muda yang ganteng. Plus point disitu. Awesome kan? Tapi aku dah berimej bertudung sekarang, so let go je lah ambition tu. Eh jiran aku anak dia stewardess Qatar Airlines, pakai tudung. Tapi kau kena fasih cakap Arab la.


2.  Akauntan (Accountant)



Rileks lah bang... KitKat kan ada..


Haih.. Ambition ni terbit bila aku dah terjemurus dalam kancah Perakaunan. Tingkatan 4&5. Cikgu Perakaunan asyik cakap perkataan Akauntan je. Secara tak sengaja aku pun ter-determined untuk "OK AKU NAK JADI AKAUNTAN!". Aku ni cepat betul terpengaruh. Sekarang niat ni masih ada. But heyy nak jadi akauntan ni takes time tau. Professional qualification(ACCA, MICPA, CFA, ICAEW) dan pengalaman bekerja kena ada. Jangan lupa daftar nama kat Malaysian Institute of Accountants (MIA).


3.  Pensyarah (Lecturer)



Tan Sri Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid. Vice Chancellor UiTM. Kisah hidup beliau patut dijadikan tauladan. Aktif di Facebook(lihat gambar diatas). Boleh like fanpage FB beliau disini. 


Kalau dulu cita-cita nak jadi guru, sekarang up sikit la.. Jadi pensyarah pulak. Pensyarah kena ajar kat Universiti. Kelas nyahh. Dapat students handsome-handsome belaka, memang semangat ah. Tapi selalunya student yg handsome ni selalu ponteng kelas. Hahaha. Kerja ni cool jugak. Masuk kelas, mengajar, marking exam paper, pergi training, meeting etc. Dengan syarat Master qualification mesti dalam tangan.  Jangan ingat kerja ni senang. Mental fizikal kena kuat woo. Dapat students yg teruk, habislah nak handle. Kalau dorang tak perform well during exam, nama lecturer jugak naik nanti. Tapi kalau niat ikhlas nak mendidik anak bangsa, nak menyampaikan ilmu, inshaaAllah akan dipermudahkan oleh-Nya. Hehe.


4.  Pengembara (Traveler)



SubhanAllah. Cantiknyaa! This is so tempting than foods! Ini Mackinac Island, US.


Ini sangat WOW! Actually hobi aku ialah travelling. Setakat ni aku dah travel pergi Singapore, Hong Kong, New Zealand dan negeri2 di Malaysia kecuali Kedah, Penang, Terengganu dan Sarawak. Ala sikit je nak dibandingkan dgn orang lain. Tapi tak bolehlah nak samakan hobi tidur dengan hobi travel. Travelling ni bila poket tebal je. Hehe. Kalau nipis, travel pergi bandar je lah oii. Hahaha janji dapat jalan cuci mata! Kat JB ni takde tempat menarik pun, adoi. Ambition ni aku akan teruskan kalau panjang umur dan bila aku kaya macam Awi Rafael nanti. Buat masa sekarang, maybe jadi travel blogger? Hmmm..



p/s : Semua gambar diatas daripada uncle Google.


Tuesday 17 September 2013

Sejuta Free Seats AirAsia. Betul ke FREE?





Tadaaaaa........... 




Don't you ever forget, Malaysian loves free things. Hehe. 


So, what's up? Ok. Tepat jam 12 tengah malam 17 September, maka berkerumunlah umat manusia di depan laptop, tab, phone dan segala mak nenek teknologi masing-masing termasuk aku. Hehehe. Tapi aku ada cara sendiri.


Nak tahu camne nak lari dari Waiting room or Error page? Senang je. Ni tips dia :


1. Masuk website AirAsiaGo . Kelebihan masuk sini ialah, korang dapat tengok berapa banyak free seats yg available & takde Waiting Room. Tetapi, kat sini kena book hotel sekali. 

2. Masuk website AirAsia , pastikan korang masuk selepas pukul 1 pagi. Trafik dah tak sesak masa tu. Ramai dah tidur sebab putus asa asyik tunggu dlm Waiting Room je. Haha.

3. Dah dapat tarikh yg korang berkenan, sila book terus! Jangan tunggu-tunggu. Nanti dia pantul korang balik ke main page. Pastu, kena tunggu lagi kat Waiting Room. Sampai bila nak habis daaa.


Tapi, aku rekemen tips yg pertama tu la. Sebab memang berbaloi book flight & hotel sekaligus. AirAsiaGo ni selalu buat promotion serentak dengan AirAsia. Aku dah tengok sendiri deal domestic dia. Kalau international flight, boleh la survey sendiri ye.


Contoh domestic aku tengok, pergi JB-Penang RM58/person return flight. Ni free flight, bayar tax je. Yes, it's true! Free tickets! Return flight + hotel 3 malam, boleh dapat harga termurah RM144/person. Siapa yg cakap mahal, meh sini dussshhh sikit! Hehe. Tiket bas JB-Penang one way je dah RM65 ok. 



Cepat book! Now everyone can fly! :p






p/s : Dah beli tiket MAS, KL-Jakarta return RM299/person untuk trip Januari 2014. Woohoo!